1.30.2013

Latihan Uji Minda Penanda Wacana


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.

1 Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah
letak.
A Justeru
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian

2 Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku memukul Haikal.
A lagipun
B mungkin
C akhirnya
D kemudian
rajah 1

3 Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.
A Lagipun
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian

4 Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa
dibatalkan.
A Jadi
B Justeru
C Mungkin
D Sebaliknya

5 Dato’ Khir menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web
syarikat itu.
A Namun
B Mungkin
C Meskipun
D Seterusnya

6 Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________ tarikh tutup semakin hampir.
A justeru
B lagipun
C namun
D walhal

7 _________ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia tidak mampu.
A Baik …pun
B Jangankan…pun
C Walaupun…bahkan
D Walaupun…namun

8 Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menolong ibunya di warung sehingga lewat malam.
A Kemudian
B Namun
C Mungkin
D Selain itu

9 Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. ____________ sukat air secukupnya.
A Namun
B Oleh itu
C Kemudian
D Dengan demikian

10 Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasa
mendapat pujian daripada guru-gurunya.
A Selain itu
B Oleh sebab itu
C Namun demikian
D Biarpun demikian
11 Cikgu Florina selalu memarahi murid-muridnya. _______________ , muridmurid menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.
A Selain itu
B Namun begitu
C Oleh sebab itu
D Lebih-lebih lagi

12 Sejak kecil lagi Pak Udin memang gerun ke laut, ____________ pada usianya yang semakin lanjut ini.
A walaupun begitu
B namun demikian
C lebih-lebih lagi
D selepas itu

13 Kerajaan terpaksa menangguhkan banyak projek kerana kegawatan ekonomi. ______________, program membantu rakyat miskin tetap dilaksanakan.
A Selain itu
B Lebih-lebih lagi
C Walaupun demikian
D Oleh sebab itu

14 Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. _____________, saya mencuba sedaya upaya unuk bertenang.
A Namun demikian
B Selepas itu
C Oleh itu
D Justeru

15 Pelajar yang bermasalah itu diminta menceritakan hal yang sebenarnya.
___________, diberi nasihat.
A Mungkin
B Selain itu
C Selepas itu
D Lebih-lebih lagi

16 Kami membawa murid-murid melawat ke Bandar Melaka untuk melihat kesan peninggalan sejarah . _________, kami bercadang akan berkelah di Tanjung
Bidara.
A Selain itu
B Lebih-lebih lagi
C Biarpun demikian
D Namun demikian

17 Kehidupan Mak Kiah diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. ___________, semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anakanaknya.
A Biarpun demikian
B Lebih-lebih lagi
C Oleh itu
D Mungkin

18 Simpan semua buku sekarang, ______ kita akan mengadakan kuiz teka silang
kata.
A kemudian
B akan tetapi
C selanjutnya
D namun begitu

19 Pergi mandi dahulu. _______ bersedia untuk ke kelas piano.
A Selepas itu
B Namun begitu
C Oleh sebab itu
D Tambahan pula

20 Orang ramai merungut kerana harga barang semakin naik. ____________,
harga barangan keperluan.
A Tambahan pula
B Oleh sebab itu
C Namun begitu
D Lebih-lebih lagi

Mengenal Penanda Wacana. ( Sekolah Rendah)

Apa itu penanda wacana?

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Contohnya:  Ayat 1: Saleha suka membaca.
                      Ayat 2 : Salaeha suka memasak.
                      Ayat 1 + Ayat 2 + penanda wacana = Saleha suka membaca dan memasak.
                      
Ayat di atas boleh dirangkaikan dengan menggunakan penanda wacana dan masih mengekalkan maksud yang sama tanpa mengubah apa-apa maklumat ayat.

Fungsi Penanda Wacana

1. Menghubungkan ayat dengan ayat
2. Menghubungkan perenggan dengan perenggan
3. Membantu pendengar/pembaca memahami teks


Jenis Penanda Wacana.



  • 1.Menandakan pertentangan maklumat :

                bagaimanapun
                biarpun demikian
    meskipun begitu
    meskipun demikian
    namun
    namun begitu
    namun demikian
    sebaliknya
    sungguhpun demikian
    walau bagaimanpun
    walaupun begitu
    walaupun demikian
    meskipun


    Contoh ayat:
    1. Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.

    2. Saliza memang seorang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.

    3. Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke banglo Dato' Kamal.

    4.   Amirul tidak pergi ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.

    2.Menandakan sesuatu yang kian bertambah:

                lagipun
                lebih-lebih lagi
                malah
                tambahan lagi
                tambahan pula


    Contoh ayat:
    1.   Saya tidak dapat melihat dengan jelas lebih-lebih lagi pada waktu malam.

    2.   Danish suka menonton rancangan dokumentari, tambahan pula yang berkaitan dengan haiwan.

    3.   Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Lagi pun, harganya murah.

    4.   Farzana mendapat tawaran belajar di luar negara. Malah, perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.


    3.Menunjukkan akibat atau kesimpulan:

                akhir kata
                akhirnya
                dengan itu
                jadi
    justeru
    kalau begitu
    lantaran itu
    malangnya
    oleh itu
    semenjak itu
    oleh sebab itu


    Contoh ayat:
    1.  Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Sejak itu, dia sering termenung dan kelihatan murung.

    2.  Badrul selalu ponteng sekolah. Lantaran itu, ibu bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut.  

    3.  Ibu bapa saya tiada di rumah ketika ini. Oleh itu, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan bermain di luar rumah.

    4.  Peperiksaan UPSR semakin hampir. Justeru, kita perlu belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.

    4.Menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya:

                kemudian
                lepas itu
                selanjutnya
                selepas itu

    5.Menunjukkan dalam masa yang sama atau pada masa itu:

                dalam pada itu
                di samping itu
                selain itu
                sebelum itu

    Latihan pengukuhan

Kenal pasti penanda wacana yang terdapat pada surat kiriman tidak rasmi ini.
klik di sini.

Pemotong Kayu Yang Jujur



Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Dia mencari rezeki hanyalah dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api.Dia tinggal bersama dengan isterinya yang akan menemaninya setiap kali mereka mencari kayu api untuk dipotong. 

Dijadikan cerita,
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya. 

Oleh kerana terlalu letih, pemotong kayu itu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu terjatuh ke dalam sungai yang dalam. Menangis si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki, hendak terjun untuk mencari kapaknya dia takut akan dihanyut arus. Merataplah ia mengenangkan nasib.

Tiba-tiba turun si pari-pari dari langit kerana kasihankan si tua itu. Lalu turunlah si pari-pari bertanya."Wahai orang tua, kenapakah kau bersedih?"

Dengan perasaan takut dan terkejut kerana melihat pari-pari. Si tua menceritakan tentang nasibnya yang malang kerana kehilangan punca pencariannya.

"Baiklah, aku akan bantu kamu mencari kapak engkau yang tenggelam".Lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selang beberapa minit timbul kembali si pari-pari sambil membawa kapak emas lalu dihulur kepada si tua.Dengan sedih jawab si tua "ini bukan kepunyaan hamba, tidak mungkin hamba mampu memiliki kapak emas ini", jawab si pemotong kayu dengan jujur.

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak.  Si tua tetap mengatakan itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa.  Si tua itu tidak menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu, Pemotong kayu dengan gembiranya mengatakan kapak itu barulah miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. 

Sebagai balasan terhadap kejujuran si pemotong kayu itu, pari-pari telah menghadiahkannya kapak emas, perak dan gangsa. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Apabila sampai di rumah, pemotong kayu menceritakan peristiwa itu kepada  isterinya . Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

- T A M A T -