Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Contohnya: Ayat 1: Saleha suka membaca.
Ayat 2 : Salaeha suka memasak.
Ayat 1 + Ayat 2 + penanda wacana = Saleha suka membaca dan memasak.
Ayat di atas boleh dirangkaikan dengan menggunakan penanda wacana dan masih mengekalkan maksud yang sama tanpa mengubah apa-apa maklumat ayat.
Fungsi Penanda Wacana
1. Menghubungkan ayat dengan ayat
2. Menghubungkan perenggan dengan perenggan
3. Membantu pendengar/pembaca memahami teks
Jenis Penanda Wacana.
- 1.Menandakan pertentangan maklumat :bagaimanapunbiarpun demikianmeskipun begitumeskipun demikiannamunnamun begitunamun demikiansebaliknyasungguhpun demikianwalau bagaimanpunwalaupun begituwalaupun demikianmeskipun
Contoh ayat:1. Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.2. Saliza memang seorang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.3. Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke banglo Dato' Kamal.4. Amirul tidak pergi ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.2.Menandakan sesuatu yang kian bertambah:lagipunlebih-lebih lagimalahtambahan lagitambahan pula
Contoh ayat:1. Saya tidak dapat melihat dengan jelas lebih-lebih lagi pada waktu malam.2. Danish suka menonton rancangan dokumentari, tambahan pula yang berkaitan dengan haiwan.3. Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Lagi pun, harganya murah.4. Farzana mendapat tawaran belajar di luar negara. Malah, perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.3.Menunjukkan akibat atau kesimpulan:akhir kataakhirnyadengan itujadijusterukalau begitulantaran itumalangnyaoleh itusemenjak ituoleh sebab itu
Contoh ayat:1. Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Sejak itu, dia sering termenung dan kelihatan murung.2. Badrul selalu ponteng sekolah. Lantaran itu, ibu bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut.3. Ibu bapa saya tiada di rumah ketika ini. Oleh itu, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan bermain di luar rumah.4. Peperiksaan UPSR semakin hampir. Justeru, kita perlu belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.4.Menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya:kemudianlepas ituselanjutnyaselepas itu5.Menunjukkan dalam masa yang sama atau pada masa itu:dalam pada itudi samping ituselain itusebelum ituLatihan pengukuhan
klik di sini.
terima kasih atas nota ini. ia banyak membantu!
BalasPadamthannkyouu !!
BalasPadam